JPN nafi pegawai KDN datang rumah buat pengesahan kad pengenalan

JPN berkata, tular kembali satu gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa perkara tersebut sedang berlaku.
"Untuk makluman, individu dalam gambar itu bukan kakitangan JPN atau mana-mana agensi di bawah KDN.
"Gambar berkenaan merupakan gambar lama yang ditularkan kembali," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, tular gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa ada pegawai KDN turun dari rumah ke rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan.
Tambah JPN, penafian mengenai perkara itu pernah dibuat oleh KDN pada 9 September 2024 dan turut disiarkan oleh portal Sebenarnya.my.
"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum berkongsi. Ingat, tidak pasti jangan kongsi," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

