X

Kindly register in order to view this article
!

Barisan Kabinet perlu bersih, kata penganalisis

Muhyiddin. - Foto: Bernama
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memastikan barisan Kabinetnya bersih supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat di negara ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, ini bagi mengelakkan bias atau wujud perasaan kurang yakin dalam kalangan rakyat.

"Rakyat mengimpikan kerajaan yang bersih dan mampu memacu kemajuan kepada negara bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi dari segi estetika politik dan pentadbiran di negara ini.

"Kerajaan baru harus mengambil kira suara rakyat mahu mengembalikan sistem keadilan demokrasi di negara ini dijalankan sempurna sekaligus dapat mengembalikan semula integriti negara di mata dunia," katanya.

Beliau berkata, Kabinet baharu ini juga seharusnya mengambil kira komposisi kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India selain daripada kaum-kaum lain dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, kerajaan masyarakat majmuk itu dapat mengekalkan institusi masyarakat berbilang kaum yang berpegang teguh kepada amalan kontrak sosial di negara ini supaya tiada kaum terpinggir.

"Ini juga bagi memastikan kestabilan negara dan kelangsungan keyakinan dan kepercayaan rakyat semua bangsa terhadap kewibawaan kerajaan dan negara ini terus terpelihara.

"Pemimpin dipilih perlu berwibawa, berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan paling penting mampu menjalankan tugas dengan baik, tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah dan sebagainya," katanya.

Beliau berpandangan, antara calon boleh diketengahkan sebagai calon timbalan perdana menteri ialah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus