[VIDEO] Kisah lubang kecil di Masjid Quba

A
A
A

MADINAH – Sebaik melangkah ke dalam Masjid Quba, beberapa jemaah akan memerhati ke arah sebelah kanan kubah utama berhampiran mimbar sebelum mengangkat takbir dan menunaikan solat sunat dua rakaat.

Pemandangan ini menjadi kebiasaan apabila umat Islam mengunjungi masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW.

Menurut Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci, Kamarudin Abd Hamid, di bawah kubah utama masjid tersebut terdapat satu lubang kecil yang menjadi perhatian jemaah.

“Kalau tidak diperhatikan dengan teliti, ramai yang tidak menyedari kewujudan lubang ini.

“Tepat di bawahnya ada dua pandangan; satu adalah tempat Rasulullah SAW menambat unta baginda, manakala satu lagi ialah lokasi baginda menunaikan solat sunat di sebelah haiwan tunggangannya. Wallahua'lam," katanya dalam program ziarah luar Madinah disertai 19 petugas media Tabung Haji (TH) pada Ahad.

Lubang kecil di bawah kubah utama Masjid Quba yang menjadi perhatian jemaah.
Lubang kecil di bawah kubah utama Masjid Quba yang menjadi perhatian jemaah.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW singgah di Quba ketika dalam perjalanan hijrah sebelum memasuki Madinah, sambil menunggang unta.

Artikel Berkaitan:

Jelas Kamarudin, ramai jemaah memilih untuk bersolat sunat tepat di bawah lubang berkenaan sebagai mengikuti jejak sunnah Rasulullah SAW.

Mengimbau sejarah, Masjid Quba dibina pada hari Isnin, 8 Rabiulawal tahun pertama Hijrah.

Sebelum ke Masjid Quba, kita disunatkan bersuci dari tempat penginapan, termasuk berwuduk.
Sebelum ke Masjid Quba, kita disunatkan bersuci dari tempat penginapan, termasuk berwuduk.

Rasulullah SAW juga diriwayatkan sering mengunjungi Masjid Quba setiap hari Sabtu untuk menunaikan solat sunat.

Kamarudin menambah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba dan bersolat di dalamnya, maka dia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

“Jadi, sebelum ke Masjid Quba, kita disunatkan bersuci dari tempat penginapan, termasuk berwuduk. Sesiapa yang bersuci zahir dan batin akan mendapat kelebihan seperti pahala umrah.

“Di Madinah, memang tiada ibadah umrah seperti di Makkah, namun berpeluang mendapatkan ganjaran besar ini. Masuklah ke masjid dengan kaki kanan, baca doa masuk masjid, dan laksanakan solat sunat," jelas beliau.

Masjid Quba adalah salah satu lokasi program ziarah luar petugas media TH sepanjang berada di Madinah.
Masjid Quba adalah salah satu lokasi program ziarah luar petugas media TH sepanjang berada di Madinah.

Masjid Quba adalah salah satu lokasi program ziarah luar petugas media TH sepanjang berada di Madinah.

Ziarah ke Masjid Quba turut disusuli dengan lawatan ke Telaga Bi’rul Khatam atau lebih dikenali sebagai Telaga Cincin yang terletak di pekarangan masjid tersebut.

Terdahulu, Naib Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah memaklumkan, sepanjang jemaah haji Fasa 1 berada di Madinah, mereka akan dibawa mengikuti program ziarah dalam dan luar kota serta diberi kelas serta taklimat sebelum berangkat ke Makkah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!