Hubungan India, Pakistan bergolak

Penunjuk perasaan membakar bendera kebangsaan Pakistan di Guwahati sebagai protes terhadap pembunuhan pelancong oleh penyerang bersenjata di Pahalgam, Kashmir.
Penunjuk perasaan membakar bendera kebangsaan Pakistan di Guwahati sebagai protes terhadap pembunuhan pelancong oleh penyerang bersenjata di Pahalgam, Kashmir.
A
A
A

NEW DELHI - India bertindak tegas terhadap Pakistan susulan serangan berdarah di Kashmir yang mengorbankan 26 nyawa dengan menggantung hubungan diplomatik dan mengambil beberapa langkah lain yang disifatkan simbolik.

New Delhi menggantung Perjanjian Air Indus, menutup sempadan darat utama di Attari-Wagah dan menurunkan taraf hubungan diplomatik dalam tempoh 24 jam selepas konflik baharu itu tercetus.

Anggota Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) berkawal di pintu masuk sempadan India-Pakistan di Wagah susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.
Anggota Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF) berkawal di pintu masuk sempadan India-Pakistan di Wagah susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pada Khamis, perkhidmatan visa kepada rakyat Pakistan turut digantung serta-merta manakala semua rakyat negara itu kecuali diplomat diarah meninggalkan India.

New Delhi menyalahkan Islamabad atas serangan tersebut, mendakwa Pakistan menyokong ‘keganasan rentas sempadan’ walaupun dakwaan itu dinafikan seteru lama mereka.

Penyokong Parti Pakistan Markazi Muslim League (PMML) melaungkan slogan anti-India ketika mengadakan demonstrasi di Lahore.
Penyokong Parti Pakistan Markazi Muslim League (PMML) melaungkan slogan anti-India ketika mengadakan demonstrasi di Lahore.

Dua daripada tiga penyerang dikenal pasti sebagai warga Pakistan, menurut polis di Kashmir.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berikrar untuk memburu dalang serangan itu 'hingga ke hujung dunia'.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, penganalisis menjangka India mungkin mungkin melancarkan tindakan ketenteraan dalam masa terdekat.

Serangan itu disifatkan sebagai luar biasa kerana menyasarkan pelancong, satu langkah yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan industri pelancongan Kashmir yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan.

Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan semasa perarakan ke Suruhanjaya Tinggi Pakistan di New Delhi sebagai membantah serangan berdarah di Pahalgam.
Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan semasa perarakan ke Suruhanjaya Tinggi Pakistan di New Delhi sebagai membantah serangan berdarah di Pahalgam.

Pemerintah India sebelum ini menggunakan jumlah pelancong yang ramai ke Kashmir sebagai bukti keadaan kembali normal selepas kawalan ketat dikenakan pada 2019.

Pemerhati melihat tindakan diplomatik ini sebagai langkah awal dan memberi amaran bahawa krisis tersebut berpotensi mencetuskan konflik lebih besar antara dua negara kuasa nuklear itu.

Seorang pengemudi bot di Tasik Dal, Srinagar memegang plakad mengutuk insiden keganasan di Pahalgam.
Seorang pengemudi bot di Tasik Dal, Srinagar memegang plakad mengutuk insiden keganasan di Pahalgam.

New Delhi pernah melancarkan serangan udara ke wilayah Islamabad pada 2019 susulan serangan di Pulwama dan penganalisis tidak menolak kemungkinan tindakan serupa akan kembali berulang.

Bagaimanapun, beberapa pakar keselamatan memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan mungkin tidak berkesan dan mencadangkan India meneliti tindak balas covert atau secara tersembunyi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!