SPM 2024: Genggam 10A walaupun belajar guna alat bantuan pendengaran

Wan Lin menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM yang diterimanya.
Wan Lin menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM yang diterimanya.
A
A
A
IPOH – Mengalami masalah pendengaran sejak kecil bukan halangan buat seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent di sini memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumum pada Khamis.

Lee Wan Lin, 18, mengakui meskipun terpaksa bergantung kepada alat bantuan pendengaran ketika sesi pembelajaran di dalam kelas, dia tetap gigih berusaha mencapai kejayaan.

“Saya akui agak sukar menggunakan hearing aid dan ketika peperiksaan saya tidak memakainya.

"Tapi dalam kelas saya akan pakai sebab duduk di bahagian tengah supaya boleh dengar dengan jelas. Kalau tak faham, saya akan terus jumpa cikgu,” katanya ketika ditemui pemberita di SMJK Ave Maria Convent di sini pada Khamis.

Wan Lin berkata, kejayaan itu tidak datang bergolek, sebaliknya hasil usaha berterusan, fokus semasa belajar serta sokongan daripada rakan-rakan dan guru yang sentiasa membantu.

“Saya suka buat nota sendiri dan akan tanya cikgu berulang kali jika tak faham.

"Kawan-kawan juga banyak bantu saya terutama bila saya tak dengar dengan jelas apa yang cikgu ajar,” ujarnya.

Anak sulung daripada dua beradik itu kini tinggal bersama neneknya di Ipoh, manakala ibu bapanya bekerja di Johor.

Berkongsi cerita peribadi, Wan Lin memberitahu tempoh belajarnya di antara tiga hingga empat jam sehari.
Artikel Berkaitan:


Ketika waktu lapang, dia meluangkan masa menonton drama, membaca novel dan bermain permainan mudah alih untuk merehatkan minda.

Menurutnya, subjek paling mencabar baginya ialah Bahasa Cina, namun dia tetap berusaha keras untuk menguasainya.

“Saya sasarkan 9A sahaja, tak sangka dapat 10A termasuk 5A , 4A dan 1A-.

"Saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya seperti kawan-kawan lain,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya, Wan Lin berkata dia bercita-cita melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia dalam bidang farmasi, pergigian atau perubatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!