Remaja mengaku tidak bersalah miliki, sunting gambar lucah guna AI

Tertuduh yang berpakaian t-shirt putih dibawa ke Mahkamah Kulai kira-kira jam 8.30 pagi pada Rabu.
Tertuduh yang berpakaian t-shirt putih dibawa ke Mahkamah Kulai kira-kira jam 8.30 pagi pada Rabu.
A
A
A

KULAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan menyunting pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyunting gambar remaja berusia 17 tahun menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Tertuduh yang berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret, R Salini dalam prosiding secara tertutup.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual seorang mangsa perempuan berusia 17 tahun dengan cara menyunting gambar menjadi gambar lucah.

Dia didakwa melakukan kesalahan di Taman Indahpura di sini pada jam 12.40 tengah hari, 9 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman dilepaskan dengan amaran 'bon berkelakuan baik, membayar denda, khidmat masyarakat, dihantar ke sekolah diluluskan atau dihantar ke sekolah Henry Gurney.

Sementara bagi satu lagi tuduhan, remaja berkenaan mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya jenis Xiomi.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa memiliki 14 keping gambar lucah dalam telefon bimbitnya dan kesalahan tersebut didakwa dilakukan di lokasi yang sama pada jam 5.28 petang, 8 April lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya manakala tertuduh diwakili peguam, T C Lim.

Sebelum itu, tertuduh yang berpakaian t-shirt putih dan berseluar hitam dibawa ke Mahkamah Kulai oleh anggota polis kira-kira jam 8.30 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!