Perak aktifkan MTEN tangani situasi ekonomi global

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, memaklumkan kerajaan negeri mengaktifkan semula MTEN Perak sebagai langkah strategik dalam menangani ketidaktentuan ekonomi global.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, memaklumkan kerajaan negeri mengaktifkan semula MTEN Perak sebagai langkah strategik dalam menangani ketidaktentuan ekonomi global.
A
A
A

IPOH – Kerajaan negeri mengaktifkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) Perak sebagai langkah strategik dalam menangani ketidaktentuan ekonomi global yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, MTEN Perak akan berfungsi sebagai platform konsultasi melibatkan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pihak berkepentingan lain dalam merangka dasar dan strategi ekonomi negeri yang lebih inklusif.

"Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap kegusaran rakyat berhubung ketidaktentuan perubahan dalam lanskap ekonomi global yang tidak menentu dan sudah pasti memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

"Sejajar dengan komitmen untuk memastikan kelangsungan dan kestabilan ekonomi negeri, kerajaan negeri telah mengambil langkah strategik dengan mengaktifkan semula MTEN Perak," katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, antara skop perbincangan MTEN Perak termasuk memantau perkembangan ekonomi di peringkat nasional dan global, menilai keberkesanan dasar ekonomi negeri berdasarkan serta mencadangkan penyesuaian dasar berdasarkan data yang dikumpul.

Katanya, platform tersebut juga menyediakan ruang rundingan bersama sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat dan pihak berkepentingan lain dalam usaha menggubal dasar ekonomi negeri yang berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, hasil perbincangan di MTEN Perak akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dipertimbangkan dan diputuskan sebelum dilaksana.

Pelbagai isu yang dibangkitkan ADUN sepanjang persidangan DUN Perak kali ini dijawab oleh Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.
Pelbagai isu yang dibangkitkan ADUN sepanjang persidangan DUN Perak kali ini dijawab oleh Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.



Sementara itu, Saarani memaklumkan kerajaan negeri juga akan melaksanakan Kajian Separuh Penggal Pelan Perak Sejahtera 2030 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan strategi dalam tempoh tiga tahun pertama pelan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kajian itu juga bertujuan menambah baik dan menjajarkan semula pelaksanaan pelan berkenaan agar kekal relevan serta mampan sepanjang tempoh baki lima tahun pelaksanaan.

"Kerajaan negeri secara berterusan melipatgandakan usaha memacu kesejahteraan ekonomi dengan langkah diversifikasi kepelbagaian model ekonomi seperti pemerkasaan ekonomi biru, ekonomi hijau, ekonomi penjagaan dan ekonomi kreatif.

“Kajian ini diharapkan dapat menatijahkan suatu pelan yang dikemas kini dan berdaya tahan bagi mengharungi baki lima tahun pelaksanaan Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Mengulas mengenai status semasa pelaksanaan pelan pada kadar 16.4 peratus, Saarani memaklumkan berdasarkan analisis dapatan State Leadership Retreat 2025 yang diadakan pada 13 Februari 2025, tempoh pelaksanaan projek-projek yang disenaraikan di bawah Sejahtera Ekonomi adalah di antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan.

Justeru, prestasi pencapaian 16.4 peratus yang direkodkan merupakan satu pencapaian yang munasabah dengan mengambil kira pelaksanannya berada di penghujung tahun kedua pelan pembangunan tersebut.

Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri komited mempertingkatkan visualisasi Dashboard Perak Sejahtera dengan mengintegrasi elemen Global Information System (GIS) bagi membantu pembuatan keputusan dalam perancangan projek Perak Sejahtera 2030.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!