Bomba Melaka terima 30 hingga 50 laporan kebakaran sehari

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Bukit Beruang baru-baru ini.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Bukit Beruang baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima antara 30 hingga 50 panggilan sehari berkaitan kebakaran dengan 95 peratus daripadanya merupakan kes pembakaran terbuka.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan JBPM Melaka hari ini, walaupun terdapat 10 balai yang beroperasi di negeri itu, namun pembakaran terbuka yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama iaitu sekitar satu hingga dua hari untuk mengawal kebakaran.

Menurut kenyataan itu lagi, JBPM Melaka memohon maaf sekiranya panggilan kebakaran oleh orang awam lambat direspon dan dalam masa sama menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca kering dan panas ketika ini.

"Beberapa kebakaran besar seperti di Bukit Beruang, Ayer Keroh mengambil masa dua hari untuk dipadamkan dan kebakaran di Bukit Kepok Merlimau pula mengambil masa empat hari untuk dipadamkan berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam kenyataan itu, pihak bomba turut merayu kepada semua penduduk agar segera menghentikan perbuatan membakar sampah, pembakaran longgokan kayu dan sebagainya demi kesejahteraan serta ketenteraman bersama.

Artikel Berkaitan: