PRK Ayer Kuning: Tidak boleh guna jentera, peruntukan kerajaan

Anwar Foto fail Bernama
Anwar Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menegaskan sebarang penggunaan jentera dan peruntukan kerajaan selepas penamaan calon pilihan raya adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman peruntukan sebanyak RM6.13 juta oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah, termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah dibuat sebelum penamaan calon Pilihan Raya Kecik (PRK) Ayer Kuning.

"Itu sebelum. Kalau selepas (penamaan calon) kita kena beri amaran," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan bersama Kementerian Kewangan (MOF) di sini pada Isnin.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyelar tindakan Kor Ming yang menyifatkan penyaluran dana dan projek pembangunan ke kawasan yang sedang berdepan pilihan raya adalah satu bentuk penyalahgunaan sumber kerajaan.

Bersih menegaskan pihaknya telah memperkenalkan garis panduan ‘3C’ kepada kerajaan sementara sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 melibatkan larangan tiada syarat, tiada kempen, dan tiada penglibatan calon dalam program rasmi kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya.

Jelas Bersih lagi, garis panduan terbabit diwujudkan bagi memastikan jentera kerajaan tidak disalahgunakan untuk tujuan politik semasa tempoh pilihan raya.

Pengumuman calon Sabtu lalu menyaksikan pertandingan tiga penjuru di PRK Ayer Kuning yang bakal berlangsung pada 26 April ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!