Adakah pengawasan pusat jagaan kanak-kanak cukup ketat?

ISU penderaan di pusat jagaan kanak-kanak semakin menimbulkan kebimbangan yang mendalam di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa, terutama dengan peningkatan kes yang melibatkan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak.
ISU penderaan di pusat jagaan kanak-kanak semakin menimbulkan kebimbangan yang mendalam di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa, terutama dengan peningkatan kes yang melibatkan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak.
A
A
A

ISU penderaan di pusat jagaan kanak-kanak semakin menimbulkan kebimbangan yang mendalam di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa, terutama dengan peningkatan kes yang melibatkan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak.

Walaupun pusat jagaan di negara ini diwujudkan untuk memberi perlindungan atau penjagaan kepada kanak-kanak, kejadian penderaan yang sering berlaku sering menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan sistem pengawasan dan pemantauan yang ada.

Terbaharu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengarahkan pusat jagaan kanak-kanak di Cheras, Selangor, ditutup serta-merta setelah terdapat dakwaan penderaan terhadap penghuni di pusat tersebut.

KPWKM dalam kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mengejut dilakukan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat bersama polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Selepas penutupan pusat jagaan, kesemua 18 kanak-kanak, termasuk 12 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan, telah diselamatkan serta dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat untuk proses saringan awal, sementara dua penjaga pusat jagaan tersebut dipanggil untuk memberi keterangan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pasangan berusia 66 dan 68 tahun itu kini direman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, mereka ditahan selepas polis menerima satu laporan pada jam 10.08 malam, 1 April lalu daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mendakwa didera dengan cara dimarahi dan ditampar pada pipi kiri oleh pemilik serta penjaga premis tersebut.

Tindakan tersebut menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam menangani isu penderaan dengan serius.

Artikel Berkaitan:

Namun, kejadian ini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan langkah pencegahan yang ada untuk mengelakkan penderaan di pusat jagaan kanak-kanak.

Pihak berkuasa perlu memikirkan cara yang lebih proaktif untuk mengawasi pusat jagaan agar lebih banyak kejadian penderaan dapat dielakkan pada masa hadapan.

Pemantauan yang lebih ketat dan sistem pengawasan lebih baik adalah kunci dalam menangani masalah itu secara berkesan.

Selain itu, keselamatan kanak-kanak di pusat jagaan bukan sahaja bergantung kepada pemilik atau pengurus, tetapi juga kepada latihan dan kelayakan yang dimiliki oleh pengasuh yang menjaga mereka.

Oleh itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan pusat jagaan kanak-kanak mematuhi piawaian keselamatan yang ketat demi kesejahteraan generasi muda.

Kes ini juga mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar lebih berhati-hati dalam memilih pusat jagaan yang sesuai dan selamat untuk anak-anak mereka.

Bagi mengelakkan insiden serupa, usaha berterusan perlu dilakukan dalam memperkukuhkan undang-undang, penguatkuasaan dan pendidikan kepada ibu bapa serta pengasuh.

Langkah tersebut penting untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi dengan sewajarnya, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penderaan pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!