Suami isteri pemilik pusat jagaan kanak-kanak direman disyaki dera penghuni

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KAJANG - Pasangan suami isteri yang juga pemilik pusat jagaan kanak-kanak persendirian di Cheras, di sini, direman sehari bagi membantu siasatan dakwaan melakukan penderaan fizikal dan emosi ke atas penghuni kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, reman terhadap suami isteri berusia 66 dan 68 tahun itu dibenarkan pada Jumaat.

Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof
Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof

“Kes masih dalam siasatan dan polis telah mengambil keterangan lima individu membabitkan penghuni serta saksi,” katanya pada Jumaat.

Sebelum itu, satu laporan diterima polis daripada seorang lelaki berusia 18 tahun pada 1 April.

Pengadu mendakwa telah didera dengan cara dimarahi dan ditampar oleh penjaga rumah perlindungan itu atas alasan tidak mahu mendengar kata.

Berikutan itu, kira-kira jam 3.20 petang pada Khamis, polis telah menahan pasangan suami isteri terbabit yang juga merupakan pemilik dan penjaga pusat perlindungan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kesemua 18 kanak-kanak yang tinggal di pusat perlindungan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut termasuk bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!