Pelajar tinggalkan motosikal di sekolah elak disaman

Pelajar yang tidak memakai topi keledar kelihatan memecut laju meninggalkan pekarangan sekolah.
Pelajar yang tidak memakai topi keledar kelihatan memecut laju meninggalkan pekarangan sekolah.
A
A
A

KUALA PERLIS - Sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah di sini bertindak meninggalkan motosikal masing-masing di kawasan sekolah dan berjalan kaki pulang ke rumah bagi mengelak disaman pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, tindakan itu dilakukan beberapa pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Perlis selepas menyedari kehadiran polis trafik dalam Op Didik ketika tamat sesi persekolahan, petang tadi.

"Terdapat juga pelajar cuba meloloskan diri, namun gagal bertindak demikian apabila mereka berjaya kita tahan.

"Op didik yang dijalankan serentak di 14 buah sekolah menengah seluruh Perlis akan berakhir pada 31 Mac nanti," katanya pada sidang media di Balai Polis Kuala Perlis hari ini.

Wari Kiew
Wari Kiew

Menurutnya, sepanjang operasi itu, terdapat pelajar membuat helah dengan tidak keluar dari sekolah meskipun sudah jam 3 petang.

"Mereka rela menunggu pihak polis mengundur diri sebelum keluar untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Kita harap operasi ini dapat beri pengajaran kepada pelajar untuk mematuhi peraturan dan keselamatan termasuk penggunaan topi keledar," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Setakat jam 3 petang tadi katanya, polis mengeluarkan lapan kompaun atas kesalahan tidak memakai topi keledar mengikut Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Motosikal 1973.

Kadar kompaun trafik yang dikenakan adalah RM100 dan meningkat tiga kali ganda sekiranya pembayaran kompaun tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan.

Pelajar ditahan dan dikenakan kompaun.
Pelajar ditahan dan dikenakan kompaun.