RISDA santuni pekebun kecil, anak yatim

Manndzri (berdiri, lapan dari kanan) bersama peserta Program Santunan Pekebun Kecil.
Manndzri (berdiri, lapan dari kanan) bersama peserta Program Santunan Pekebun Kecil.
A
A
A

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah turun padang bagi bersama-sama masyarakat desa, terutamanya pekebun kecil getah menerusi penganjuran Program Santunan Pekebun Kecil di sekitar daerah Tapah dan Kampar di Perak.

Program itu berlangsung selama dua hari bermula 9 hingga 10 April 2025 dan ia mengetengahkan pendekatan walkabout atau ziarah pemimpin dan warga kerja RISDA secara langsung yang diketuai oleh Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib.

Turut bersama Manndzri dalam program itu ialah Pengarah RISDA Negeri Perak, Ahmad Zaki Abdullah.

Manndzri (dua dari kanan) mendengar taklimat dan penerangan mengenai pengurusan Depo Pengumpulan Lateks (DPL) daripada pegawai RISDA Batang Padang/Perak Hilir.
Manndzri (dua dari kanan) mendengar taklimat dan penerangan mengenai pengurusan Depo Pengumpulan Lateks (DPL) daripada pegawai RISDA Batang Padang/Perak Hilir.

Manndzri meluangkan masa turun padang bertemu sendiri dengan 150 pekebun kecil dan keluarga mereka termasuklah orang anak yatim di sekitar kawasan tersebut.

Program itu bukan hanya simbol komitmen kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan RISDA terhadap pembangunan komuniti desa, tetapi ia sebagai satu langkah untuk lebih memahami cabaran dan keperluan sebenar pekebun kecil getah di lapangan.

Manndzri menyampaikan sendiri bayaran hasil lateks kepada pekebun kecil di Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Pelawan.
Manndzri menyampaikan sendiri bayaran hasil lateks kepada pekebun kecil di Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Pelawan.

Manndzri berkata, program tersebut bukan sekadar lawatan rasmi tetapi merupakan usaha menyantuni rakyat secara bersemuka, selain menyampaikan maklumat secara terus berkaitan peluang, insentif dan bantuan yang disediakan oleh RISDA.

Beliau turut menegaskan bahawa mendengar suara komuniti akar umbi merupakan langkah penting dalam merangka dasar pembangunan desa yang lebih relevan dan holistik.

Artikel Berkaitan:

Manndzri (tengah) menyampaikan bantuan keperluan harian kepada pekebun kecil dalam lawatan Program Santunan Pekebun Kecil pada Rabu.
Manndzri (tengah) menyampaikan bantuan keperluan harian kepada pekebun kecil dalam lawatan Program Santunan Pekebun Kecil pada Rabu.

“Antara lokasi yang dilawati termasuklah Kampung Pelawan, Kampung Tanjong Keramat, Kampung Haji Dahlan, Kampung Sungai Dadeh, Kampung Tengah dan Kampung Haji Salleh. Setiap sesi kunjungan mendapat sambutan mesra daripada masyarakat desa setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum,” katanya menerusi satu kenyataan.

Melalui program itu, RISDA menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan bantuan kerajaan melalui program penanaman getah, inisiatif peningkatan hasil, khidmat bimbingan teknikal serta pelbagai inisiatif sokongan yang lain.

Manndzri membantu pekebun kecil membersihkan luka ketika Program Santunan Pekebun Kecil.
Manndzri membantu pekebun kecil membersihkan luka ketika Program Santunan Pekebun Kecil.

Dalam pada itu, Manndzri berkata, ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat desa terhadap fungsi RISDA serta memperkukuh kepercayaan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan yang inklusif dan berpaksikan rakyat.

“Insya-ALLAH, RISDA menyasarkan untuk memperluaskan lagi inisiatif strategik sebegini kepada kawasan desa lain yang membolehkan KKDW dan RISDA bersemuka secara terus bersama-sama komuniti pekebun kecil.

“Ia adalah usaha untuk membentuk komuniti berdaya saing dalam memperkasa komoditi getah selaras dengan Aspirasi Desa Madani yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Jaringan sosioekonomi

Manndzri (dua, kanan) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulaitam, Tapah.
Manndzri (dua, kanan) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulaitam, Tapah.



Selain daripada menyantuni warga pekebun kecil di sekitar kawasan tersebut, RISDA turut membuat lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulaitam di Kampung Haji Salleh, Temoh.

Sebanyak 28 orang anak yatim menerima sumbangan keperluan harian daripada RISDA untuk bagi menyokong kepada pengurusan pertubuhan ini.

“Walaupun RISDA merupakan agensi yang memfokuskan kepada pemerkasaan komuniti pekebun kecil, kami juga menghargai sumbangan warga desa lain juga amat dalam melengkapkan rantaian pembangunan desa oleh masyarakat setempat.

Manndzri (enam dari kiri) bergambar bersama sebahagian anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulaitam.
Manndzri (enam dari kiri) bergambar bersama sebahagian anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darulaitam.

“Golongan seperti anak-anak yatim ini juga wajar disantuni kerana ia merupakan salah satu elemen sokongan yang penting dalam membina jaringan sosioekonomi yang harmoni dan sejahtera,” tambah beliau.

Pelaksanaan Program Santunan Pekebun Kecil pada kali ini membuktikan kesungguhan RISDA untuk terus menyantuni, membimbing dan memajukan lebih 500,000 pekebun kecil ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan lestari melalui rantaian pejabat agensi negeri dan daerah di seluruh negara.

Ia juga bakal merealisasikan usaha RISDA untuk memperlihatkan semula Malaysia sebagai pemain utama dalam penghasilan getah asli dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!