500 ahli PKR Cabang Kota Raja pula umum keluar parti

Lebih 500 ahli PKR Cabang Kota Raja umum keluar parti.
Lebih 500 ahli PKR Cabang Kota Raja umum keluar parti.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja mengisytiharkan keluar parti ekoran kecewa dengan pergolakan di peringkat dalaman parti itu.

Bekas Setiausaha Pengelola PKR Cabang Kota Raja, Fauzi Din berkata, tindakan tersebut diambil berikutan hilang keyakinan dengan apa yang dibawa PKR.

Menurutnya, PKR juga dilihat semakin kehilangan arah khususnya kemelut kepimpinan di peringkat kerajaan Persekutuan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

"Suasana dalaman parti seakan haru-biru. Kemelut yang melanda PKR seperti tiada kesudahan dan membuatkan ahli bawahan keliru mengenai hala tuju parti.

"Ingatkan apabila Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, PKR akan lebih baik tetapi lebih berkecamuk. Jelas kelihatan semasa proses pemilihan dilakukan yang mana kami lihat parti ini seperti parti ‘gangster’ bergaduh di sana sini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis keluar parti beramai-ramai di Kota Kemuning di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR

Lagi 850 ahli keluar PKR

Katanya, keadaan menjadi lebih teruk apabila parti bertindak memecat individu yang setia dengan parti selama 20 tahun iaitu bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin.

Artikel Berkaitan: