Jurutera rugi RM156,000 terjerat pelaburan 'Perniagaan Bos'

Mangsa membuat 10 transaksi kewangan berjumlah RM156,000 ke dalam satu akaun bank antara 16 Mac hingga 9 Jun 2022. Gambar kecil: Yahaya. Gambar hiasan.
Mangsa membuat 10 transaksi kewangan berjumlah RM156,000 ke dalam satu akaun bank antara 16 Mac hingga 9 Jun 2022. Gambar kecil: Yahaya. Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN – Seorang jurutera menanggung kerugian RM156,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp pada 16 Mac 2022.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 39 tahun itu tertarik untuk menyertai skim pelaburan saham dikenali sebagai 'Perniagaan Bos' yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

"Mangsa membuat 10 transaksi kewangan berjumlah RM156,000 ke dalam satu akaun bank antara 16 Mac hingga 9 Jun 2022.

"Mangsa mula berasa curiga apabila diminta membuat bayaran tambahan untuk mendapatkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa akhirnya menyedari ditipu lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.

"Semua sumber kewangan digunakan adalah daripada pinjaman peribadi mangsa," katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian, terutamanya yang menjanjikan keuntungan luar biasa.

Beliau turut mengingatkan masyarakat membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan rasmi Polis Diraja Malaysia: https://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!