'Lega hakisan tebing, jalan runtuh sudah dibaiki'

Keadaan tebing dan jalan runtuh yang mengundang risiko keselamatan kepada penduduk dan pengguna jalan.
Keadaan tebing dan jalan runtuh yang mengundang risiko keselamatan kepada penduduk dan pengguna jalan.
A
A
A

KUANTAN - Penduduk Kampung Tiram di sini kini mampu menarik nafas lega apabila masalah tebing dan jalan runtuh hingga mengundang bahaya kepada orang ramai sejak Disember tahun lalu mendapat perhatian dan tindakan pihak berwajib.

Ketua Kampung, Ab Rahman Muhamad berkata, kebimbangan penduduk itu berasas susulan kemalangan terbaharu yang berlaku di lokasi itu hingga nyaris mengorbankan nyawa penunggang motosikal.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa mengalami kecederaan manakala motosikal rosak selepas tercampak jatuh ke dalam sungai.

"Perkembangan terbaharu tentang masalah jalan runtuh akibat hakisan tebing sungai ini satu berita baik yang dinantikan penduduk sejak beberapa bulan lalu.

"Masalah ini sudah agak lama namun saya mewakili penduduk memahami prosedur yang perlu diambil pihak berkaitan dalam menyelesaikan masalah ini.

"Allhamdulillah, penduduk di sini kini menarik nafas lega bila dapat jawapan masalah ini akan dibaiki dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang ke lokasi itu pada Rabu.

Ab Rahman berkata, sebagai wakil penduduk, dia berterima kasih kepada pihak terlibat terutama Chun Kuang yang memberi perhatian dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk itu.

Sementara itu, Chun Kuang berkata, hakisan tebing sepanjang kira-kira 20 meter di Lorong Melor akibat air pasang besar hingga menyebabkan sebahagian jalan runtuh pada 20 Disember tahun lalu telah mendapat perhatian pihak kerajaan.

Menurutnya, isu hakisan tebing Sungai Tiram itu telah dimasukkan di bawah Projek Lembangan Sungai Bersepadu Fasa Ketiga.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang telah mohon peruntukan kecemasan untuk membaiki tebing sungai ini pada Januari lalu.

"Kerja-kerja itu akan diserahkan kepada kontraktor namun terdapat beberapa isu yang menyebabkan kelewatan projek ini berjalan antaranya perubahan struktur dan reka bentuk untuk projek pembaikan sungai ini," katanya.

Beliau berkata, projek itu dijangka akan dimulakan Jumaat ini melibatkan pembaikkan sementara tebing dan jalan terlibat.

"Dijangkakan projek ini akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan

"Justeru, penduduk dan pengguna jalan ini diminta supaya berhati-hati sepanjang projek berjalan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!