Orang ramai bantu kutip duit 'rider' tercicir di tengah jalan

Pengguna jalan raya membantu mengutip duit milik seorang penghantar makanan yang dipercayai tercicir dompet ketika menunggang motosikal di Jalan Ibrahim Sultan berhampiran pusat beli-belah RMF Mall pada petang Rabu.
Pengguna jalan raya membantu mengutip duit milik seorang penghantar makanan yang dipercayai tercicir dompet ketika menunggang motosikal di Jalan Ibrahim Sultan berhampiran pusat beli-belah RMF Mall pada petang Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Satu insiden menyentuh hati berlaku di Jalan Ibrahim Sultan berhampiran pusat beli-belah RMF Mall pada petang Rabu, apabila pengguna jalan raya dilihat tampil membantu seorang penghantar makanan yang dipercayai tercicir dompet ketika menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

Difahamkan dompet penghantar makanan itu tercicir secara tidak sengaja dan menyebabkan wang kertas di dalamnya berterbangan di atas jalan raya.

Biarpun kejadian itu berlaku ketika waktu puncak, namun masih ada pengguna jalan raya yang prihatin sanggup memberhentikan kenderaan bagi membantu mengutip wang yang bertaburan dan menyerahkannya semula kepada penghantar makanan tersebut.

Rakaman itu juga tular di laman sosial dan mendapat pelbagai respon daripada kalangan warganet.

Rata-rata warganet memuji tindakan pengguna jalan raya yang prihatin dan menyifatkan kejadian itu sebagai bukti semangat tolong-menolong masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seorang warganet dikenali Nikah Mohamad berkata, ia menjadi bukti kebaikan masih wujud di sebalik kesibukan dunia hari ini.

Dalam masa sama, ada juga yang bertanyakan kenapa penghantar makanan tersebut membawa wang yang banyak ketika bekerja?

Malah ada juga yang mendoakan agar kesemua wang yang jatuh dapat ditemukan dengan mencukupi kerana mungkin ada yang tersepit bawah tayar yang mungkin menyukarkan penghantar makanan berkenaan untuk menemukannya semula.

Begitu juga dengan hantaran daripada Rilui yang menyifatkan masih ramai yang jujur di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!