Anwar selar pihak guna isu kuil, belon sebagai bahan politik

Anwar
Anwar
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyelar pihak tertentu yang menggunakan isu kuil dan belon sebagai bahan politik walaupun ia ditangani dengan baik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India dan kisah ‘abang belon’ dikasari penguat kuasa, sengaja disensasikan oleh puak-puak tertentu, seolah-olah berlaku perang besar.

"Sebab itu saya ingin mengesyorkan jangan berikan ruang kerana dia bebal dan tidak fikir kepentingan umum.

“Semuanya mahu dipolitikkan, semuanya mesti dengan cara menghukum, semuanya kafir dan munafik semuanya jahat belaka. Tak boleh begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja JPM bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di sini pada Isnin.

Anwar (tiga dari kanan) ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja JPM bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama
Anwar (tiga dari kanan) ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja JPM bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama

Tegasnya, kedudukan Melayu terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana status Kerajaan Madani dan Majlis Raja-Raja tidak boleh dimungkiri kenyataannya.

“Tapi, ini tidak bermakna kalau ada isu dengan golongan minoriti, mesti terus menghina. Ia tidak boleh dan tidak pernah jadi asas dalam ajaran agama kita.

“Untuk angkat martabat Melayu, ia memerlukan dengan kekuatan, kerja, amal dan kesungguhan kita, bukannya remeh orang lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!