'Raya Emas - Salako Sacred Treasure' bukan sekadar filem fiksyen

Tayangan perdana 'Raya Emas - Salako Sacred Treasure' di Kuala Lumpur telah mencapai kejayaan besar
Tayangan perdana 'Raya Emas - Salako Sacred Treasure' di Kuala Lumpur telah mencapai kejayaan besar
A
A
A

Tayangan perdana 'Raya Emas - Salako Sacred Treasure' di Kuala Lumpur telah mencapai kejayaan besar, bukan sahaja memikat penonton dengan visual yang memukau, jalan cerita yang menarik, dan lakon layar yang kuat, tetapi juga memberi sorotan yang kuat kepada potensi pelancongan luar biasa Sarawak.

Penerbit Eksekutif, Winson Voon berkata, filem Raya Emas - Salako Sacred Treasure bukan sekadar filem fiksyen, tetapi turut memaparkan keindahan sinematik dan tradisi masyarakat Salako di Sarawak.

Filem ini menampilkan 90 peratus bakat dari Sarawak.
Filem ini menampilkan 90 peratus bakat dari Sarawak.

“Saya ingin menyatakan penghargaan yang mendalam terhadap sokongan pihak Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, menekankan peranan penting kementerian dalam merealisasikan projek ini.

“Malah, pihak kementerian juga menekankan potensi filem ini untuk menarik pelancong antarabangsa dengan mempamerkan tarikan unik Sarawak kepada tontonan global,” ujarnya.

Raya Emas - Salako Sacred Treasure menggabungkan kisah Zul (lakonan Penerbit Eksekutif, saudara Winson Voon), seorang bapa yang terdesak; Ansamah (lakonan Dunstun Luther), seorang anak angkat yang berusaha membuktikan nilainya sebagai penjaga pelindung Salako, Raya Emas; dan sekumpulan penjelajah muda yang diketuai oleh Diana (lakonan Ahirine Ahirudin), seorang gadis dengan kebolehan meramal luar biasa.

Menurut Winson, penggambaran filem ini menempatkan 80 peratus rakaman yang memukau di landskap indah di Lundu, Sarawak, "Raya Emas - Salako Sacred Treasure" membawa penonton ke dalam hati hutan hujan Borneo.

Sekumpulan penjelajah muda yang diketuai oleh Diana (lakonan Ahirine Ahirudin; berdiri dua dari kiri).
Sekumpulan penjelajah muda yang diketuai oleh Diana (lakonan Ahirine Ahirudin; berdiri dua dari kiri).

Selain itu, ujarnya lagi filem tersebut yang menampilkan 90 peratus pelakon dari Sarawak, berfungsi sebagai platform yang kuat untuk mempamerkan bakat tempatan dan memperkukuhkan industri filem tempatan.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun jalan cerita filem ini tentang ‘Raya Emas’ iaitu sejenis bunga emas dengan kuasa penyembuhan luar biasa adalah kisah fiksyen, filem ini menggambarkan autentik budaya dan tradisi masyarakat Salako yang memberikan pandangan unik kepada Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan.

"Filem ini bertujuan untuk meletakkan Sarawak sebagai pilihan utama untuk pengeluaran filem dan destinasi wajib dilawati bagi para pelancong di seluruh dunia,” ujarnya.

Raya Emas - Salako Sacred Treasure ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 3 April.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!