Warga asing buka kedai runcit di rumah kongsi digempur

Penguat kuasa MBS memasang tali sitaan di rumah kongsi yang dijadikan kedai runcit. Foto Veerapan
Penguat kuasa MBS memasang tali sitaan di rumah kongsi yang dijadikan kedai runcit. Foto Veerapan
A
A
A

NILAI - Kedai runcit dikendalikan warga asing dan dipercayai beroperasi secara haram dengan berselindung di sebuah rumah kongsi di Bandar Baru Nilai di sini akhirnya digempur pihak berkuasa.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, tindakan diambil selepas pihaknya menerima aduan awam.

"Berikutan aduan orang awam mengenai penempatan dan premis perniagaan warga asing di Lot 65473, mukim Bandar Nilai Utama maka Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menerusi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan telah mengadakan operasi pada 27 Mac lalu pada jam 12.10 pagi.

"Pasukan MBS menerusi pasukan penguatkuasaan telah menyiasat lokasi yang dimaksudkan dan mendapati premis rumah kongsi telah dijadikan sebagai kedai runcit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Penguat kuasa MBS menampal notis tutup premis di rumah kongsi yang dijadikan kedai runcit. Foto Veerapan
Penguat kuasa MBS menampal notis tutup premis di rumah kongsi yang dijadikan kedai runcit. Foto Veerapan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, premis beroperasi secara haram dan dikendalikan oleh warga asing.

Berikutan itu katanya, MBS telah menyita premis itu dan mengeluarkan Notis Kacau Ganggu kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa dibenarkan.

"Saya menyeru MBS serta polis untuk melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan yang disyaki supaya tidak berlaku pelanggaran syarat perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Hanya warga tempatan yang boleh menjalankan perniagaan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan dan majikan yang menggajikan pekerja asing diingatkan memantau pergerakan pekerja mereka supaya tidak melanggar peraturan ditetapkan," katanya.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak berkaitan jika melanggar peraturan yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan penduduk tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!