Lima ditahan dalam Op Samseng Jalanan

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Polis menahan lima lelaki berusia 19 hingga 22 tahun dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Raja Muda Musa hingga Klang Selatan, awal pagi tadi.

Ops berkenaan dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga lima pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Superintendan Azman Shari’at berkata, jalan berkenaan merupakan salah satu kawasan yang sering dijadikan lokasi tumpuan samseng jalanan.

Menurutnya, pemantauan berkala dilakukan polis di kawasan berkenaan bagi memastikan kegiatan samseng jalanan ini dapat dibendung dan dikawal daripada terus berleluasa.

“Lima lelaki yang ditahan dalam operasi pagi tadi ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan ke atas mereka mendapati ada yang menunggang motosikal tanpa lesen dan semasa ditahan mereka didapati sedang menguji kelajuan motosikal masing-masing,” katanya.

Azman berkata, sebanyak 10 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan trafik seperti tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengkut spesifikasi,” katanya.

Artikel Berkaitan: