Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit

Sebuah kedai perkakasan dan enam unit kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah, musnah dalam kebakaran pada Sabtu. Foto Bernama
Sebuah kedai perkakasan dan enam unit kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah, musnah dalam kebakaran pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam lot kedai makan dan sebuah kedai perkakasan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran petang Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.36 tengah hari sebelum enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa digegaskan ke lokasi kejadian.

Kebakaran yang melibatkan sebuah kedai perkakasan berkeluasan 350 meter persegi dan kemusnahan dianggarkan 100 peratus. Foto Bernama
Kebakaran yang melibatkan sebuah kedai perkakasan berkeluasan 350 meter persegi dan kemusnahan dianggarkan 100 peratus. Foto Bernama

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam lot kedai makan yang berada di belakang kedai perkakasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, api berjaya dikawal kira-kira 2.50 petang namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, saksi Ramzana Ali, 39, yang juga pekerja kedai perkakasan itu berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di bahagian belakang bangunan yang terletak bersebelahan kedai yang terbakar itu.

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam unit kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah pada petang Sabtu. Foto Bernama
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam unit kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah pada petang Sabtu. Foto Bernama

"Saya terjaga selepas dengar bunyi bising dan apabila menyedari kejadian itu, saya segera hubungi majikan dan menyelamatkan diri," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!