50 cedera dalam kebakaran rumah jagaan

Tiga individu cedera parah dalam kejadian itu. Foto hiasan
Tiga individu cedera parah dalam kejadian itu. Foto hiasan
A
A
A

HANOVER - Kebakaran tercetus di sebuah rumah jagaan di Hanover, Jerman mengakibatkan kira-kira 50 orang cedera, lapor Xinhua memetik kenyataan polis pada Sabtu.

Menurut akhbar Jerman Bild, tiga individu cedera parah dalam kejadian itu.

Kebakaran dikesan oleh kakitangan rumah jagaan di satu daripada bilik pusat penjagaan itu.

Pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke bilik lain, namun beberapa bahagian bangunan mengalami kerosakan akibat asap tebal.

Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!