Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 8 malam ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 8 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah serta Pulau Pinang di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor bagi kawasan Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Klang manakala di Johor melibatkan Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Kluang.

Di Perak kawasan yang terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, Batang Padang, Larut Matang, Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Di Terengganu, cuaca buruk itu dijangka melanda Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun manakala kawasan yang terlibat di Kelantan ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok.

Cuaca sama turut berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau, Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Kinabalu), Pedalaman (Tambunan, Membakut, Pensiangan dan Keningau), Tawau (Kalabakan) dan Sandakan (Tongod).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Betong, Mukah (Tanjung Manis), Samarahan (Asajaya dan Sebuyau), Miri (Marudi dan Telang Usan) dan Kapit (Belaga). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!