Sila log masuk terlebih dahulu.

Mukhriz persoal jumlah MP Bersatu sokong Muhyiddin

Paparan skrin hantaran dimuat naik Mukhriz di laman Instagram miliknya.
Paparan skrin hantaran dimuat naik Mukhriz di laman Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan jumlah 36 ahli Parlimen parti itu yang didakwa menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menurut Mukhriz, terdapat enam ahli Parlimen dari parti itu yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Senarai itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ir Amiruddin Hamzah, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith dan Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir.

"Bagaimana diakui 36 Ahli Parlimen Bersatu menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika ada enam orang yang menyokong Dr Mahathir," tulis beliau di laman Instagram miliknya hari ini.

Dalam perkongsian sama, Mukhriz juga turut mempersoal sama ada wujud pembohongan dalam pencalonan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Muhyiddin hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan dengan perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, petang tadi.

Menurut Ahmad Fadil, Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar