7 peniaga ingkar kena kompaun

Orang ramai mendapatkan bawang merah kecil India dijual pada harga RM6 sekilogram.
Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
Orang ramai mendapatkan bawang merah kecil India dijual pada harga RM6 sekilogram. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU - Tujuh peniaga dikenakan kompaun selepas gagal mempamerkan tanda harga merah jambu bagi barangan dikawal sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan dijalankan sejak 24 Mac lalu melibatkan pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah di seluruh negeri.

Azman. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
Azman. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID

“Setakat ini, kami mengesan tujuh kes membabitkan peniaga tidak mempamerkan tanda harga seperti diwajibkan dalam skim kawalan ini.

“Mereka dikenakan kompaun dan diarahkan segera mematuhi peraturan dengan mempamerkan tanda harga menggunakan tanda harga warna merah jambu seperti ditetapkan,” katanya ketika sidang akhbar sempena Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2025 di sini pada Khamis.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Azman berkata, meskipun tiada kes peniaga menjual barangan melebihi harga kawalan dikesan setakat ini, kegagalan mempamerkan tanda harga tetap merupakan satu kesalahan serius mengikut peraturan KPDN.

Artikel Berkaitan:

Azman menunjukkan bekalan beras di sebuha pasar raya di Kota Bharu. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
Azman menunjukkan bekalan beras di sebuha pasar raya di Kota Bharu. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID

Menurutnya, setiap peniaga diwajibkan menggunakan tanda harga merah jambu untuk 24 barangan dalam senarai kawalan bagi memudahkan pengguna mengenali harga ditetapkan kerajaan.

“Kawalan ini melibatkan barangan keperluan utama per kilogram seperti daging lembu tempatan, bawang merah kecil India, cili merah dan santan.

Azman (tengah) dan Dr Hafidzah (kanan) melihat tanda harga merah jambu dipamerkan.Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
Azman (tengah) dan Dr Hafidzah (kanan) melihat tanda harga merah jambu dipamerkan.Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID

“Jika peniaga gagal mematuhi peraturan, tindakan tegas termasuk kompaun atau pendakwaan boleh diambil,” katanya.

Azman berkata, seramai 143 pegawai penguat kuasa dan 42 pegawai pemantau harga ditugaskan ke seluruh negeri bagi memastikan peniaga mematuhi SHMMP sepanjang tempoh 15 hari pelaksanaan.

"Untuk rekod bermula Januari sehingga 26 Mac lalu, sebanyak 244 kes diambil tindakan membabitkan pelbagai kesalahan dengan 50 tangkapan dan 14 kes dituduh di mahkamah membabitkan nilai denda RM50,000 manakala nilai kompaun berjumlah RM37,100," katanya.

Orang ramai mendapatkan ayam sempena perayaan Aidilfitri. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID
Orang ramai mendapatkan ayam sempena perayaan Aidilfitri. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID

Katanya, orang ramai diminta segera melaporkan sebarang pelanggaran harga atau tanda harga di talian 09-7416000, 019-2794317 (WhatsApp) dan portal e-aduan KPDN.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!