Pas harap gabungan muafakat, parti bentuk kerajaan di Perak

Kenyataan yang dikongsi di Facebook Pas Perak. Gambar kiri: Razman
Kenyataan yang dikongsi di Facebook Pas Perak. Gambar kiri: Razman
A
A
A

IPOH - Pas Perak berharap kerajaan negeri ini dapat dibentuk melalui gabungan Muafakat Nasional dan kerjasama parti-parti sepertimana di peringkat Pusat.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, kerjasama itu diyakini dapat dibentuk bagi memastikan pentadbiran kerajaan yang lebih kukuh.

"Kita terus berdoa agar kerajaan Perak yang kukuh dapat dibentuk melalui gabungan Muafakat Nasional dan parti-parti yang bekerjasama sebagaimana di peringkat Persekutuan, Insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Pas Perak hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

"Semoga dipermudah segala urusan Tan Sri memimpin Malaysia Sejahtera serta diberkati dan dirahmati ALLAH SWT," tulisnya.

Perak antara negeri yang terkesan dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) apabila kehilangan majoriti daripada 30 kepada 28 kerusi.

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai 25 kerusi, Pas (3), Bebas (1).

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar