Jururawat, doktor luang masa tadabbur Surah al-Saff

Kakitangan perubatan, termasuk jururawat dan doktor menyertai sesi tadabbur Surah al-Saff dalam program World #QuranHour kali ini bertempat di Auditorium Utama HRPZ II pada Selasa.
Kakitangan perubatan, termasuk jururawat dan doktor menyertai sesi tadabbur Surah al-Saff dalam program World #QuranHour kali ini bertempat di Auditorium Utama HRPZ II pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Kesibukan tugas merawat pesakit tidak menghalang lebih 100 kakitangan perubatan, termasuk jururawat dan doktor, untuk menyertai sesi tadabbur Surah al-Saff dalam program World #QuranHour kali ini.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Mohd Rahim Muhammad, berkata program itu dijalankan secara serentak di auditorium utama hospital serta di jabatan masing-masing.

“Meskipun sibuk dengan tugas harian, kakitangan perubatan tetap menyertai program ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Ada juga yang bertadabbur di klinik dan jabatan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan kepada pesakit tidak terjejas,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, program itu memberi peluang kepada kakitangan hospital untuk mendekatkan diri dengan al-Quran serta menghayati mesej yang terkandung dalam Surah al-Saff.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia memberi manfaat bukan sahaja kepada peserta, tetapi juga dalam membentuk suasana kerja yang lebih harmoni,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk menarik lebih ramai penyertaan pada tahun hadapan agar manfaat tadabbur al-Quran ini dapat dirasai oleh lebih ramai kakitangan hospital.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!