Kepulangan cetusan idea Menteri Perpaduan

Kisah kekeluargaan serta konflik anak lelaki tunggal yang masih tinggal bersama ibu diangkat dalam filem pendek bertajuk Kepulangan sempena Aidilfitri kali ini.
Kisah kekeluargaan serta konflik anak lelaki tunggal yang masih tinggal bersama ibu diangkat dalam filem pendek bertajuk Kepulangan sempena Aidilfitri kali ini.
A
A
A

KISAH kekeluargaan serta konflik anak lelaki tunggal yang masih tinggal bersama ibu diangkat dalam filem pendek bertajuk Kepulangan sempena Aidilfitri kali ini.

Menariknya, filem pendek tersebut merupakan cetusan idea Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang amat menjunjung tinggi perpaduan dan keharmonian di negara ini.

Pengarahnya, Zaiham Zainal berkata, filem pendek ini harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kita semua menerima mesej utama filem pendek ini iaitu faham, hormat dan terima.

“Filem pendek ini menekankan maksud agar kita faham akan kepelbagaian agama di negara ini dan kita hormat setiap amalan masyarakat yang berbilang agama serta kita menerima setiap perbezaan dalam menghormati setiap agama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Pelakon drama pendek Kepulangan.
Pelakon drama pendek Kepulangan.

Kepulangan mengangkat konflik anak tunggal lelaki, Ismail, yang berusia pertengahan 20-an yang masih tinggal bersama ibunya, Puan Faridah.

Mentaliti masyarakat kita yang kebanyakannya memandang lelaki harus hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada ibu dan ayah.

Konflik tercetus di mana rakan sekerja Ismail kerap mengusik dia yang masih tinggal bersama ibunya.

Artikel Berkaitan:

Rakan sekerja Ismail yang berasal dari negeri Borneo telah lama merantau dan hidup berdikari, membuatkan ego Ismail tercabar.

“Namun, tunjang kekeluargaan ini sebenarnya turut dijunjung tinggi oleh rakan-rakan Ismail walaupun berbeza agama dan bangsa,” kata Zaiham.

Pelakon veteran, Rosnah Johari melakonkan watak sebagai Faridah manakala Izzul Faiq sebagai Ismail, selain pelakon-pelakon yang mewakili masyarakat berbangsa Cina, India, Sarawak dan Sabah.

“Filem pendek ini turut menyeru rakyat Malaysia agar terus menjaga hubungan yang erat, menyuburkan budaya saling menghargai, serta memperkukuh jati diri nasional,” katanya.

Pada masa yang sama, ia turut mengangkat nilai-nilai murni yang menjadi tunjang perpaduan negara seperti kekeluargaan, kesederhanaan, keharmonian serta tolak ansur antara semua kaum.

Selain ditayangkan di beberapa stesen televisyen, filem pendek ini boleh disaksikan di platform media sosial Menteri Perpaduan Negara dan Kementerian Perpaduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!