MatJenin.my edar 100 pek makanan IKS kepada media

Mohd Fahmi (tiga dari kiri) menyerahkan pek makanan kepada petugas media di Istana Negara semalam.
Mohd Fahmi (tiga dari kiri) menyerahkan pek makanan kepada petugas media di Istana Negara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakan pasaran, logistik dan pemasaran usahawan kecil dan sederhana (IKS) di platform e-dagang, MatJenin.my mengedarkan sebanyak 100 pek makanan kepada petugas media yang membuat liputan di Istana Negara semalam.

Penyerahan oleh Pengasas MatJenin.my, Mohd Fahmi Yusof bersama pasukannya itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada media yang bertugas.

Menurutnya, pada masa yang sama, syarikatnya mahu memperkenalkan produk usahawan yang ditawarkan secara e-dagang kepada umum yang beroperasi sejak setahun lalu.

Mohd Fahmi (tiga dari kiri) dan kakitangan MatJenin.my mengedarkan sebanyak 100 pek makanan kepada petugas media yang membuat liputan di Istana Negara semalam.
Mohd Fahmi (tiga dari kiri) dan kakitangan MatJenin.my mengedarkan sebanyak 100 pek makanan kepada petugas media yang membuat liputan di Istana Negara semalam.

“Hari ini (semalam) kami menyumbang sebanyak tujuh produk usahawan dari Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor kepada media. Ratusan usahawan telah berada di platform kami untuk pasaran dan pemasaran produk.

“Ada usahawan kami yang telah berniaga bertahun-tahun tetapi dengan adanya aplikasi vendor MatJenin.my sebagai solusi logistik IKS, mudah untuk mereka berniaga dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan dengan lebih efisien hanya melalui telefon pintar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fahmi berkata, tempahan boleh dibuat secara dalam talian dan produk usahawan desa diserahkan kepada pengguna dalam masa tiga hingga tujuh hari ke seluruh negara.

“Pes makanan, daging salai, sambal ikan bilis dan kudapan adalah antara produk ditawarkan di MatJenin.my,” katanya.

Artikel Berkaitan: