Pempengaruh lepas geram, belanja isteri barang kemas hampir RM1 juta

Tangkap layar hantaran Prince Syed di TikTok pada Khamis. Kredit TikTok @prince.syed.shahid.
Tangkap layar hantaran Prince Syed di TikTok pada Khamis. Kredit TikTok @prince.syed.shahid.
A
A
A

SHAH ALAM - Pempengaruh TikTok, Prince Syed Shahid sekali lagi meraih perhatian wargamaya apabila membelanjakan isterinya, Fatin Syazwani Ishak barang kemas bernilai hampir RM1 juta.

Usahawan itu berkata, ia sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, dalam masa sama mahu isterinya melaram sakan di pagi raya.

Menurutnya, nilai yang dihadiahkan itu tidak setanding jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang.

“Lepas geram berbelanja raya, pada saya okay sangat nilai RM980,000 itu. Banyak juga emas yang dapat dibeli kali ini untuk dipakai semasa hari raya.

“Alhamdulillah, jauh sangat beza harga selepas diskaun. Tak sangka layanan staf pun bagus sampai tak perasan saya berhabis hampir sejuta ringgit di kedai emas ini sahaja.

Fatin Syazwani Ishak menunjukkan antarabarang kemas bernilai hampir RM1 juta yang dihadiahkan suaminya.
Fatin Syazwani Ishak menunjukkan antarabarang kemas bernilai hampir RM1 juta yang dihadiahkan suaminya.

"Rantai sahaja lebih RM300,000, cincin dan gelang tangan berpuluh ribu, beg tangan pula RM15,000, dahsyat Fatin," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Khamis.

Hantaran pemuda terbabit tular hingga memperoleh 3.2 juta tontonan, lebih 154,000 tanda suka, 6,074 komen dan 39,500 perkongsian setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, barang kemas itu dibeli di premis kedai emas di Kuala Lumpur.

Pasangan suami isteri berkenaan pernah tular ketika raya tahun lalu kerana berpakaian sedondon bertemakan Barbie.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!