BN, Pas sokong Muhyiddin jadi PM kelapan

Muhyiddin Yassin - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Muhyiddin Yassin - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pas bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, seramai 60 ahli Parlimen dari kedua-dua parti memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

BN yang terdiri dari UMNO mempunyai 39 ahli Parlimen, MCA (2), MIC (1), manakala Pas mempunyai 18 ahli Parlimen.

Sebelum itu, Bersatu telah memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan parti sebentar tadi.

Marzuki berkata, mesyuarat hari ini dihadiri 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN Peluang parti politik kemukakan nama calon PM: Istana Negara

Bersatu pilih Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Tiada keperluan bertemu Dr Mahathir: Anwar

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara

Pas tuntut bubar Parlimen, adakan PRU15

Artikel Berkaitan:

'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'