UPKK: 22,351 murid peroleh 9A

Mohd Na'im ketika mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024.
Mohd Na'im ketika mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024.
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 22,351 daripada 236,986 murid yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam kesemua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran terbabit ialah Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, nilai gred purata skor (GPS) UPKK 2024 ialah 1.85 mata berbanding tahun sebelumnya, 1.89 mata.

GPS bagi mata pelajaran al-Quran adalah sebanyak 1.46 mata, Akidah (1.88 mata), Sirah (2.20 mata), Adab (2.03 mata), Jawi dan Khat (2.18 mata), Bahasa Arab (2.41 mata), Ibadah (1.97 mata), Penghayatan Cara Hidup Islam (1.24 mata) dan Amali Solat (1.25 mata).

Menurutnya, jumlah pelajar yang mendapat 8A adalah seramai 19,007, 7A (17,287) dan 6A (16,990).

"Murid yang mendapat 5A adalah seramai 17,516 orang, 4A (20,372 ), 3A (37,056), 2A (35,495 ) dan 1A (23,970)," katanya menerusi sidang akhbar pengumuman keputusan UPKK di sini pada Khamis.

Beliau berkata, murid yang tidak mendapat sebarang gred A adalah seramai 27,830 orang, manakala calon yang mendapat semua D adalah seramai empat orang.

"Peperiksaan hanya suatu mekanisme bagi pengukuran dan penilaian terhadap pembelajaran murid yang mengikuti KAFA sepenuhnya sepanjang lima tahun.

"Bagi murid yang menerima keputusan yang sederhana dan rendah, masih banyak ruang dan masa yang boleh diperbaiki untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Menurut Mohd Na'im, murid yang tidak mendapat sebarang gred A adalah seramai 27,830 orang, manakala hanya empat orang yang mendapat semua D.

Katanya, murid yang menerima keputusan sederhana dan rendah masih mempunyai banyak ruang dan masa untuk diperbaiki bagi mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

"Peperiksaan hanya suatu mekanisme bagi pengukuran dan penilaian terhadap pembelajaran murid-murid yang mengikuti KAFA sepenuhnya sepanjang lima tahun.

"Bagi murid yang menerima keputusan yang sederhana dan rendah, masih banyak ruang dan masa yang boleh diperbaiki untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

"Pembelajaran KAFA tidak tertumpu kepada peperiksaan sahaja tetapi amalan nilai islami yang tinggi dalam pembentukan jati diri dapat melahirkan murid yang seimbang dari sudut intelektual dan sahsiah," jelas Mohd Na'im.

Murid yang menduduki peperiksaan UPKK 2024 boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dengan menggunakan nombor MyKid serta angka giliran.

Semakan boleh dibuat bermula jam 10 jam 10 pagi dan keputusan yang dipaparkan adalah berbentuk rumusan secara umum.

Slip keputusan penuh boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 9.30 pagi Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!