3,000 hadir meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM, MB Negeri Sembilan di Tampin

Anwar tiba di Tampin sempena majlis berbuka puasa pada Ahad.
Anwar tiba di Tampin sempena majlis berbuka puasa pada Ahad.
A
A
A

TAMPIN - [DIKEMAS KINI] Lebih 3,000 hadirin memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Padang Serbaguna Tampin, di sini hari ini.

Anwar yang tiba kira-kira 7 malam disambut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Turut hadir Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Perdana Menteri turut mendengar tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib.

Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sembilan di Majlis Daerah Tampin yang dihadiri Aminuddin, Shamsul Azri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sementara itu, semasa majlis berbuka puasa sekitar jam 7.30 malam, berlaku gangguan bekalan elektrik selama beberapa minit sebelum berlaku gangguan kedua lima minit kemudian.

Keadaan gelap susulan bekalan elektrik terputus seketika sekitar jam 7.30 malam.
Keadaan gelap susulan bekalan elektrik terputus seketika sekitar jam 7.30 malam.

Insiden tersebut berjaya diatasi dalam tempoh singkat, dan majlis diteruskan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahmad Dzaffir menolak kemungkinan insiden itu berpunca daripada unsur sabotaj.

"Saya tidak rasa begitu (sabotaj) kerana selepas dua kali terputus bekalan, keadaan kembali pulih.

"Kejadian mungkin disebabkan beban berlebihan atau hujan, kerana petang tadi hujan turun. Namun, unsur sabotaj tidak mungkin," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut memaklumkan bahawa PDRM menempatkan seramai 120 anggota bagi memastikan keselamatan kawasan sepanjang kehadiran Perdana Menteri.

"Jadi, tiada isu yang boleh menggugat keselamatan. Insya-ALLAH," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!