Roti john ayam hanya berintikan kubis dan sos, pembeli kecewa

Seorang ibu terkejut apabila mendapati roti john ayam yang dibeli anak lelakinya pada harga RM5 di sebuah bazar Ramadan di sini hanya berintikan kubis serta sos tanpa daging ayam sebagaimana iklan.
Seorang ibu terkejut apabila mendapati roti john ayam yang dibeli anak lelakinya pada harga RM5 di sebuah bazar Ramadan di sini hanya berintikan kubis serta sos tanpa daging ayam sebagaimana iklan.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang ibu terkejut apabila mendapati roti john ayam yang dibeli anak lelakinya dengan harga RM5 di sebuah bazar Ramadan di sini hanya berintikan kubis dan sos tanpa daging ayam seperti yang diiklankan.

Perkara itu dikongsikan wanita berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu, sekali gus menarik perhatian ramai.

Sabrina Sulaiman, 42, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap peniaga yang didakwa mengambil kesempatan dan tidak berlaku jujur dalam perniagaan.

"Anak saya yang berusia 14 tahun memang gemar makan roti john. Perasaan sedihnya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kecewa dengan sikap peniaga yang dilihat cuba mengambil kesempatan dan tidak berlaku jujur dalam urus niaga.
Kecewa dengan sikap peniaga yang dilihat cuba mengambil kesempatan dan tidak berlaku jujur dalam urus niaga.

"Sudahlah penat berpuasa, lapar, tetapi apabila hendak menikmati roti john, ini pula yang terjadi.

"Saya bukan mempersoalkan harga, tetapi kecewa dengan sikap peniaga yang tidak jujur," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut kakitangan awam itu, meskipun roti john yang dibeli tidak seperti diharapkan, anaknya tetap menghabiskannya.

Ibu kepada dua anak itu berharap agar para peniaga di bazar Ramadan lebih beretika dan tidak menipu pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan peniaga seperti ini.

"Janganlah kerana mahu mengejar keuntungan, kita sanggup menipu pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!