Siasat Sapura Energy secara telus dan adil, tanpa campur tangan pihak lain

Siasatan terhadap Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) membabitkan pembayaran rasuah dan penyelewengan dalam syarikat itu perlu dilakukan secara telus, adil dan profesional tanpa campur tangan pihak lain. Gambar kecil: Mohd Ridhwan
Siasatan terhadap Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) membabitkan pembayaran rasuah dan penyelewengan dalam syarikat itu perlu dilakukan secara telus, adil dan profesional tanpa campur tangan pihak lain. Gambar kecil: Mohd Ridhwan
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan terhadap Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) membabitkan pembayaran rasuah dan penyelewengan dalam syarikat itu perlu dilakukan secara telus, adil dan profesional tanpa campur tangan pihak lain.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali menegaskan, kelulusan pinjaman kepada Sapura Energy oleh kerajaan dalam keadaan prestasi kewangan syarikat itu tidak meyakinkan adalah satu kebimbangan besar.

“Saya difahamkan Sapura Energy pernah terima dana sebanyak RM2.68 bilion melalui pelaburan saham oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 2018, namun rekod prestasi syarikat terus merudum dengan nilai sahamnya kini hanya tinggal sekitar 5 sen seunit berbanding 26.5 sen ketika buka saham tahun itu.

“Apa pentingnya syarikat ini berbanding syarikat bumiputera atau anak syarikat kerajaan yang lain? Siasatan mesti dilaksanakan dengan telus ke mana dana perbelanjaan disalurkan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Ridhwan berpandangan, aset penting Sapura Energy perlu dicagarkan kepada kerajaan dalam hala tuju 2025 syarikat tersebut.

“Jika syarikat masih rugi, kerajaan sudah tidak perlu selamatkan lagi dan aset itu kekal bersama kerajaan,” ujarnya.

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah membuka dua kertas siasatan berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan membabitkan syarikat tersebut susulan menerima maklumat berhubung salah laku berkenaan.

Menurut sumber, siasatan berkenaan berdasarkan siasatan awal yang dibuka suruhanjaya itu pada akhir 2021 yang turut membabitkan tuntutan dibuat syarikat berkenaan.

Terdahulu, Sapura Energy memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana tersebut bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!