Tun M setuju kerajaan bantu Sapura Energy

Dr Mahathir menghadiri program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Mahathir menghadiri program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Bantuan kerajaan kepada syarikat yang bermasalah boleh dilakukan jika ia berdasarkan kajian menyeluruh dan mempunyai alasan kukuh untuk menyokongnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan kejatuhan syarikat itu memberi kesan kepada ekonomi dan tenaga kerja.

“Kalau mereka buat kajian dahulu dan ada sebab, (kerajaan) boleh bantu. Jangan kita bagi sesuatu syarikat itu mudah jatuh.

“Namun, kena tentukan wang yang diberikan itu digunakan dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Dataran Karangkraf pada Rabu.

Kehadiran beliau bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali juga bagi menyampaikan sumbangan kewangan daripada Koperasi Warisan Terengganu Berhad (KWAT) kepada 36 anak yatim sekitar Shah Alam.

Sebelum ini, Sapura Energy Berhad (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion menerusi langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar (RCLS) pada nilai nominal oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH).

Tambah Dr Mahathir, meskipun terdapat dakwaan bahawa peruntukan dana itu dilabel sebagai ‘bailout’, namun langkah berkenaan penting bagi menyelamatkan syarikat terutama mempunyai jumlah pekerja yang ramai.

“Mungkin ia adalah ‘bailout’ tetapi mana-mana syarikat pun kita perlu ‘bailout’ kerana kegagalan satu-satu syarikat memberi kesan, bukan sahaja kepada pemilik tetapi juga pekerja.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita kena fikir tentang masalah mereka juga,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!