UMNO sanggah dakwaan PH kekal di Melaka

Ab Rauf
Ab Rauf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyanggah dakwaan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mengatakan beliau mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cukup untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Adly perlu membuktikan dakwaannya itu.

"Saya menyanggah dakwaan itu dan pihak BN menyeru agar mereka membuktikan kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka dengan segera dengan menyerahkan SD (akuan bersumpah) sebagai tanda sokongan wakil rakyat.

"Sekiranya mereka tidak dapat membuktikan bahawa ada sokongan majoriti, maka kerajaan yang ada masih dalam keadaan tergantung," katanya sebelum Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Bahagian UMNO di ibu pejabat UMNO di sini sebentar tadi.

Hari ini dalam sidang media di Seri Bendahara, Adly menegaskan bahawa kerajaan negeri ketika ini masih memegang status quo kerana pada masa ini masih memperoleh sokongan daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka untuk kekal.

Menurutnya, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob juga menasihatkan beliau untuk meneruskan tugas mentadbir kerajaan negeri Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaka tangguh sidang DUN

Melaka masih di bawah PH

Artikel Berkaitan: