Ab Rauf dahului senarai penerima pingat kebesaran Melaka

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Foto Bernama
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendahului senarai 351 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di sini hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ab Rauf menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

"Sebanyak 20 penerima akan menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira, antaranya Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut dianugerahkan D.C.S.M adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Tajul Razi Abdul Aziz, Pengarah Southern Power Generation Sdn Bhd Datuk Norzaity Othman, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dr Anesee Ibrahim (he) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin.

Zaidi berkata, seramai 208 penerima pula akan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Pengarah Kor Armor Diraja Brig Jen Mohd Fazly Mat Said, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Badaruddin Mohd Kassim, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Jasin Rahizi Ranom.

Turut menerima D.P.S.M ialah Panglima 10 Briged Mej Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal, komposer muzik Hasim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Suhaimi Sulaiman.

Beliau berkata, sebanyak 62 penerima akan dianugerahkan Darjah Seri Melaka (D.S.M) manakala 96 penerima dianugerahkan BintangCemerlang Melaka (B.C.M), diikuti 205 penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), 292 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 129 penerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) dan 10 penerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L).

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 1,042 penerima terdiri daripada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota badan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, ahli badan sukarelawan dan kelab sukan menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri dalam istiadat pada hari ini, Sabtu dan Ahad nanti. - Bernama

Artikel Berkaitan: