MBI teruskan kajian larangan jual arak di kawasan majoriti penduduk Islam

Sandrea bercakap kepada pemberita pada Khamis.
Sandrea bercakap kepada pemberita pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meneruskan kajian terhadap larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti dicadangkan sebelum ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, perkara itu melibatkan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga.

"Setakat ini masih berjalan dan MBI dalam proses kumpul maklumat melalui sesi libat urus.

"Kajian ini melibatkan banyak pihak dan kita pun harap ia lebih menyeluruh mengambil sudut pandang dari aspek perundangan, masyarakat dan perniagaan," katanya.

Sandrea (dua dari kanan) bersama Sayani (kanan) menyampaikan bakul kasih Ramadan sempena majlis berbuka puasa bersama warga JBPM Perak pada Khamis.
Sandrea (dua dari kanan) bersama Sayani (kanan) menyampaikan bakul kasih Ramadan sempena majlis berbuka puasa bersama warga JBPM Perak pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon.

Sandrea berkata, setakat ini, kajian terhadap cadangan tersebut tidak melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

"Cadangan dibangkitkan memang oleh MBI, jadi hanya MBI sahajalah yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Kita belum terima cadangan daripada PBT lain lagi," katanya.

Januari lalu, kerajaan Perak memberi 'lampu hijau' kepada MBI meneruskan kajian terhadap larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam seperti yang sudah dilaksanakan di Gugusan Manjoi.

Terdahulu, cadangan pelaksanaan dasar larangan tersebut telah menarik perdebatan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin politik parti kerajaan dan pembangkang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan, terdapat cadangan dan tuntutan supaya larangan sama diperluas ke Tambun, Rapat Setia dan Kampung Sungai Rokam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kemudiannya menyarankan PBT mengekalkan dasar sedia ada atau status quo penjualan minuman keras di semua premis perniagaan termasuk dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

Ketetapan itu katanya, bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!