Temuduga ahli Parlimen selesai

Ahli-ahli Parlimen DAP menaiki bas ketika tiba di Istana Negara hari ini.
Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli-ahli Parlimen DAP menaiki bas ketika tiba di Istana Negara hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sesi temuduga ahli parlimen seluruh negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bermula semalam berakhir hari ini.

Bas yang membawa ahli Parlimen DAP merupakan kenderaan terakhir yang keluar pekarangan istana kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Semalam, temuduga tersebut membabitkan 90 ahli Parlimen yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Bebas.

Hari ini, baki 131 lagi ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) selesai berbuat demikian.

Temuduga secara peribadi itu dilakukan secara berperingkat berhubung kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Difahamkan, kesemua ahli Parlimen tersebut mempersembahkan nama seorang pemimpin sebagai calon perdana menteri kelapan atau memilih untuk pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, temuduga itu tidak melibatkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau terlebih dahulu menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik

Debaran penantian keputusan Agong

Artikel Berkaitan:

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin