KDEBWM sumbang 14 komputer riba

Ramli (tengah) menyaksikan Ahmad Rizal (dua dari kanan) menyerahkan komputer riba kepada Faridah (dua dari kiri) selaku wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia.
Ramli (tengah) menyaksikan Ahmad Rizal (dua dari kanan) menyerahkan komputer riba kepada Faridah (dua dari kiri) selaku wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) menyampaikan sumbangan 14 komputer riba untuk kegunaan 30 anak yatim Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Subang Jaya, Selangor sempena penganjuran Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Sumbangan tersebut turut disertakan dengan pemberian duit raya, beg, tetikus dan pengecas untuk komputer riba.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, usaha berkenaan bertujuan memberi manfaat pendidikan dan membantu mereka mengakses sumber maklumat yang berkualiti tanpa sebarang sekatan.

RAMLI
RAMLI

“Dengan adanya komputer riba itu, mereka dapat gunakan untuk tugasan sekolah, membuat latihan, ikuti kursus dalam talian dan memudahkan kerja yang memerlukan penggunaan gajet berkenaan.

“Sekurang-kurangnya kita dapat membantu dalam proses pembelajaran kanak-kanak tersebut dan menjadikan mereka supaya celik kemahiran digital.

“Komputer riba ini pernah digunakan oleh pegawai kita tetapi ia masih elok lagi. Kita perbaiki, kemas dan bersihkan semula supaya nampak baru serta boleh dipakai untuk kegunaan pusat jagaan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

RAMLI
RAMLI

Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, Mahfuzah Muhamad Tarmidi dan Presiden Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, Datuk Faridah Omar Shah.

Artikel Berkaitan:

Berkongsi rezeki

Ramli berkata, KDEBWM menyertai dan meraikan pengunjung yang hadir berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf untuk tahun ketiga.

Pekerja KDEBWM memberikan sumbangan goodies kepada pengunjung
Pekerja KDEBWM memberikan sumbangan goodies kepada pengunjung

Menurutnya, penganjuran majlis berbuka tersebut memberi peluang kepada pihaknya untuk berkongsi rezeki dengan 1,500 pengunjung.

“Saya difahamkan setiap tahun jumlah pengunjung yang diraikan itu semakin bertambah. Saya berterima kasih kerana kesudian pihak Kumpulan Karangkraf menjemput kami untuk bersama.

“Menjadi tanggungjawab kita khususnya umat Islam untuk mempertingkatkan amalan kita di bulan Ramadan untuk berkongsi rezeki dan memberi peringatan antara satu sama lain melalui sesi tazkirah,” ujarnya.

Sempena kunjungan ke Iftar Ala Madinah@Karangkraf, Ramli turut diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah yang menekankan kepentingan amalan berjimat cermat sempena bulan Ramadan.

Ramli bergambar bersama anak yatim dan wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia selepas menyampaikan sumbangan kepada mereka di pentas Iftar Ala Madinah@Karangkraf.
Ramli bergambar bersama anak yatim dan wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia selepas menyampaikan sumbangan kepada mereka di pentas Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Katanya, isu tersebut penting kerana terdapat segelintir masyarakat sering berbelanja lebih di bazar Ramadan sehingga mendorong kepada berlakunya aktiviti pembaziran.

“Kita tahu seseorang itu berpuasa lebih enam jam selepas solat Subuh sehingga Maghrib. Nafsu itu melonjak untuk makan pelbagai makanan.

“Ditambah lagi dengan di Selangor ada lebih 1,000 lokasi bazar Ramadan. Jadi saya ingin maklumkan kepada semua bahawa kita hendak sentiasa bersabar, tingkatkan iman dan kurangkan nafsu makan kita dalam membeli.

“Kita hanya membeli seadanya setakat keperluan, bukan kehendak,” katanya.

Lebih 73 tan metrik makanan dibuang di bazar Ramadan tahun lalu

Ramli (kanan) menyampaikan tazkirah kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf.
Ramli (kanan) menyampaikan tazkirah kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf.



Menurut Ramli, orang ramai turut diingatkan supaya tidak menjadikan bulan Ramadan ini sebagai waktu untuk mereka ‘bermaharajalela’ dengan membazir membeli makanan secara berlebihan semata-mata untuk berbuka puasa.

“Kami mendapati hampir setiap hari di bazar Ramadan mencatatkan kira-kira 73 tan metrik sisa makanan yang tidak habis, dibuang begitu sahaja, daripada kutipan KDEBWM di lebih 10,000 lokasi bazar Ramadan tahun lalu.

“Bayangkan kalau kita ada hampir 10,000 lokasi. Satu lokasi itu ada berpuluh gerai dan sebagainya, jadi ini adalah perkara yang amat sedih kerana dalam dunia ini, masih ramai yang memerlukan makanan khususnya di Gaza, Palestin.

“Apa kata kita tingkatkan keimanan dari segi perbelanjaan. Kita hanya membawa wang pada kadar yang secukupnya sahaja untuk membeli makanan di bazar Ramadan,” kata Ramli.

Ramli ketika meninjau jualan peniaga di Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Rabu
Ramli ketika meninjau jualan peniaga di Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Rabu

Tambahnya, kerjasama dengan Sinar Harian membantu KDEBWM untuk melangkah jauh menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada orang awam.

“Pihak Sinar Harian memberi kerjasama yang amat baik kepada KDEBWM dalam melaporkan apa sahaja aduan atau komen daripada orang ramai mengenai dengan pengurusan sampah di bawah seliaan kami.

“Kami juga selalu menyalurkan maklumat serta fakta penting kepada Sinar Harian untuk disampaikan kepada seluruh pembaca.

“Sejak 2016, kami telah banyak membuat banyak program bersama Sinar Harian. Jadi, ini penting kerana KDEBWM tidak dapat menyampaikan maklumat kepada semua orang dengan keupayaan syarikat, namun ia dapat dibantu dengan kekuatan platform media daripada Kumpulan Karangkraf,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!