Royale Chulan Seremban rai anak yatim buka puasa

Penyampaian cenderahati oleh kakitangan pengurusan Royale Chulan Seremban pada Jumaat.
Penyampaian cenderahati oleh kakitangan pengurusan Royale Chulan Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Royale Chulan Seremban meraikan Ramadan bersama anak-anak dari Rumah Darul Aminan menerusi satu majlis berbuka puasa yang diadakan pada Jumaat.

Seramai 20 anak-anak dari rumah kebajikan itu diundang menikmati juadah buka puasa citarasa tradisional dan antarabangsa di Bilik Anjung yang disediakan chef hotel berkenaan.

Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Halim Md Yusof berkata, acara tahunan itu merupakan inisiatif pihak hotel membawa kegembiraan dan kemesraan kepada golongan istimewa ini.

"Ramadan adalah masa untuk saling mengasihi dan memberi, kami berbesar hati anak-anak ini bersama kami untuk berbuka puasa bersama-sama.

Kakitangan pengurusan Royale Chulan Seremban bergambar bersama anak-anak Rumah Darul Aminan.
Kakitangan pengurusan Royale Chulan Seremban bergambar bersama anak-anak Rumah Darul Aminan.

"Kami berharap isyarat kecil ini membawa mereka kegembiraan dan kenangan yang berkekalan," katanya pada Jumaat.

Acara dimulakan dengan sambutan hangat daripada pasukan pengurusan hotel, diikuti dengan hidangan menarik disediakan.

Pada majlis sama, Royale Chulan Seremban turut menyediakan cenderahati serta duit raya kepada penerima disampaikan oleh kakitangan pengurusan hotel berkenaan.

Halim berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen hotel terhadap tanggungjawab sosial korporat dan dedikasinya untuk berkongsi inti pati sebenar layanan Malaysia dari hati.

Artikel Berkaitan:

Royale Chulan Seremban turut menyediakan cenderahati serta duit raya kepada penerima yang disampaikan kakitangan pengurusan hotel berkenaan
Royale Chulan Seremban turut menyediakan cenderahati serta duit raya kepada penerima yang disampaikan kakitangan pengurusan hotel berkenaan

Menurutnya, program itu juga merupakan sebahagian usaha berterusan Royale Chulan Seremban untuk memberi kembali kepada masyarakat sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan prihatin.

Tambahnya, setiap tahun pihaknya mendekati masyarakat dengan cara membantu seperti sumbangan barangan keperluan kepada masyarakat memerlukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!