Enam kakitangan Era FM termasuk tiga penyampai radio ke Bukit Aman pagi ini

Radin Amir, Azad Jasmin dan Nabil Ahmad antara enam yang dijangka hadir ke Bukit Aman pada Rabu untuk dirakam percakapan berkaitan isu mempersenda upacara agama lain.
Radin Amir, Azad Jasmin dan Nabil Ahmad antara enam yang dijangka hadir ke Bukit Aman pada Rabu untuk dirakam percakapan berkaitan isu mempersenda upacara agama lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam kakitangan stesen radio, Era FM dijangka hadir ke Bukit Aman pada Rabu untuk dirakam percakapan berkaitan isu mempersenda upacara agama lain.

Difahamkan enam kakitangan itu termasuk tiga penyampai radio terbabit iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir.

Tan Sri Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keenam-enam individu terbabit akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi.

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan isu terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Rabu.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM berkaitan video tular didakwa mempersenda upacara agama lain di media sosial.

Berdasarkan laporan dibuat pengadu, beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel Vel’ manakala seorang lelaki sedang menari.

Sebelum itu, tular video mendakwa penyampai radio bagi segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu.

Artikel Berkaitan:

Selain memohon maaf, pengurusan stesen radio terbabit turut menggantung tugas tiga pengacara radio berkenaan sehingga siasatan selesai.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai kes terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!