Pemandu maut, treler terbalik selepas terbabas

Anggota bomba mengaplikasikan konsep SAVER dengan bantuan penggunaan takal (winch) dari sebuah lori milik orang awam bagi membuka ruang kerja operasi menyelamat. Foto: Bomba Perak
Anggota bomba mengaplikasikan konsep SAVER dengan bantuan penggunaan takal (winch) dari sebuah lori milik orang awam bagi membuka ruang kerja operasi menyelamat. Foto: Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam longkang di Jalan Gerik-Kupang, di sini pada Ahad.

Mangsa, Abu Hasan Mat, 53, yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 8.36 malam melibatkan sebuah treler membawa muatan kayu lapis.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan bantuan penggunaan takal (winch) dari sebuah lori milik orang awam bagi membuka ruang kerja operasi menyelamat.

"Anggota kemudiannya menggunakan peralatan pemotong hidraulik (hydraulic cutter) untuk membuka ruangan kabin bagi mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi menyelamat tamat jam 11.21 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!