PGA serbu 'makmal' proses ketum


PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai 'makmal' memproses air ketum di Kampung Bunut Susu di sini pada Rabu.
Dua lelaki berusia 26 dan 37 tahun turut ditahan semasa penugasan Op Taring Wawasan kira-kira jam 6 petang itu.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 119 bungkus air ketum yang sudah diproses.
"Rampasan dianggarkan bernilai RM6,770 dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
"Suspek dan barang rampasan di bawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


