Jadilah influencer berilmu

Jadilah pencipta kandungan yang kreatif, berilmu dan berpendidikan. Gambar hiasan
Jadilah pencipta kandungan yang kreatif, berilmu dan berpendidikan. Gambar hiasan
A
A
A

SATU demi satu kes memalukan babit pempengaruh berlaku hingga memberikan perspektif negatif.

Lebih memalukan influencer ini adalah dalam kalangan anak muda.

Bila jadi isu memalukan, terus terfikir apakah kesan kepada orang muda yang lain kerana generasi inilah kebanyakan yang mengikuti content yang dimainkan influencer terbabit.

Antara kes yang dilaporkan ialah pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan paranormal mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.

Mereka juga telah menulis surat kepada Polis Indonesia bagi permohonan maaf serta mengaku bahawa kandungan yang mereka hasilkan itu hanyalah lakonan semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini segelintir pempengaruh lelaki memakai busana menyerupai wanita ketika menggayakannya di acara karpet merah di sebuah acara televisyen tempatan.

Isu ini masing-masing telah mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Fahmi menegaskan pempengaruh berkenaan diminta untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata, pemakaian busana menyerupai wanita menimbulkan keresahan awam dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.

Berikutan itu, Jakim akan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan serta mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

Artikel Berkaitan:

Tidak dinafikan, aktiviti setiap pempengaruh ini sangat memberi impak kepada imej mereka.

Oleh itu, influencer perlu memainkan peranan dalam membentuk kerohanian yang positif. Jadilah pencipta kandungan yang kreatif, berilmu dan berpendidikan.

Khairul Amin Kamarulzaman atau dikenali sebagai Khairulaming sebelum ini pernah menyatakan negara memerlukan lebih ramai pempengaruh media sosial dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, inovasi dan teknologi yang dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat serta membentuk generasi muda negara yang berkualiti.

Kandungan di media sosial sangat memberi impak sama ada negatif atau positif kepada penontonnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!