Hud Aryan ditemukan meninggal dunia

Laporan Sinar Harian berkaitan kehilangan Hud Aryan.
Laporan Sinar Harian berkaitan kehilangan Hud Aryan.
A
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang hilang pada Isnin ditemukan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang Rabu.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di sebatang sungai di Kampung Kerila kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini pada Isnin.

Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.

No Image Caption






Redah air 0.6 meter sebelum jumpa jasad Hud Aryan di dahan pokok

TANAH MERAH - Anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, 19 bulan, dalam keadaan terbujur kaku.

Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, mereka berjaya menemukan kanak-kanak lelaki terbabit selepas menghidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Sebenarnya pada hari Selasa kami sudah melalui kawasan itu menggunakan bot namun tidak menjumpai sebarang petunjuk kerana paras air dalam.

"Disebabkan tidak puas hati, kami (pasukan SAR) nekad ke lokasi untuk tujuan SAR kerana air semakin surut. Kami berjalan kaki di dalam air sedalam 0.6 meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, mayat Hud Aryan berada dalam keadaan cukup sifat dan lengkap berpakaian sepertimana hari dia didapati hilang. Ujarnya, selepas 60 jam pencarian akhirnya kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemukan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga di sini pada Isnin. Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!