'Hud Aryan mungkin jatuh parit, masuk hutan' - Bomba

Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini berkemungkinan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya.
Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini berkemungkinan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya.
A
A
A

TANAH MERAH - Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini berkemungkinan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, bagaimanapun pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi juga memasuki kawasan hutan di sekitar kediaman rumah neneknya.

Menurut beliau, pencarian kanak-kanak itu dilakukan di sekitar radius dua kilometer dari rumah kediaman itu pada Selasa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang dikhuatiri hilang sejak maghrib pada Isnin dipercayai masih selamat dan berada di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini.

"Dua anjing pengesan JBPM turut membantu operasi mencari Hud Aryan yang diharap dapat memberi petunjuk baharu sama ada mangsa hilang di dalam parit atau hutan berdekatan,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Hud Aryan Hafifi yang dikhuatiri hilang sejak Maghrib pada Isnin dipercayai masih selamat dan berada di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini.

Menurut ibu saudaranya, Azean Irdawaty Ramley, 44, perkara tersebut dimaklumkan oleh beberapa ustaz yang datang ke rumah untuk membantu operasi mencari kanak-kanak berkenaan.

Mohd Zulkifli memberitahu, seramai 20 pegawai dan anggota balai bomba Tanah Merah terbabit dalam operasi itu dengan dibantu Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!