X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja kilang putus lengan tersepit mesin

Mangsa tersepit pada mesin ketika melakukan kerja-kerja pemindahan barang.
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang pekerja kilang putus lengan kanan selepas tersepit pada mesin 'convenyor' dalam kejadian di sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan jam 8.46 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bergegas ke lokasi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa, Shahaaruddin Jamaluddin, 51, sedang melakukan kerja pemindahan barang sebelum tersepit pada bahagian tepi mesin.

Lengan kanan mangsa terputus selepas tersepit pada mesin.
Lengan kanan mangsa terputus selepas tersepit pada mesin.

"Ketika anggota sampai di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedar dan dia diberi rawatan awal oleh anggota pasukan unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada mesin dan lengannya yang terputus, dia dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan lanjut," katanya.